Monday, December 29, 2008

Kandungan Qaseh - AIR ZAM ZAM

a. Air Yang Mulia Lagi Diberkati

Dalam peristiwa penuh bersejarah tatkala bunda Nabi Ismail ‘Alaihissallam, Siti Hajar ‘Alaihissalam berulang-alik antara Bukit Safa dan Bukit Marwah, mencari bantuan di tengah padang pasir Makkah yang terik lagi kering bagi mendapatkan bekalan, Allah Subhanahu Wata'ala menerbitkan Air Zam-Zam berhampiran Kaabah yang sehingga kini dapat dinikmati oleh jutaan umat Islam seluruh dunia.

Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: 

“Air yang paling baik di permukaan bumi adalah Air Zam-Zam. Ia mengandungi makanan yang bergizi dan menyembuhkan penyakit” Hadis Riwayat At Tabrani

Air Zam-Zam dicipt Allah Subhanahu Wata'ala bersifat alkali. Tanpa perlu diproses dan ditambah sesuatu, ia merupakan air yang paling berkualiti, suci, bersih lagi berkhasiat. Ia diberkati dan mengenyangkan.

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: 

“Zam-Zam diberkati dan mengandungi makanan bergizi” Hadis Riwayat Muslim

b. Diminum dengan tujuan (niat)

Manfaat meminum Air Zam-Zam adalah semasa kita meminumnya dengan niat. Dan berniatlah bersungguh-sungguh. Sepertimana pesan baginda;

Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam: 

“Air Zam-Zam sesuai dengan tujuan orang yang meminumnya” Hadis Riwayat Ibnu Majah

No comments:

Post a Comment